Our Story

mgtc-logo-line (1)
Covid-19, perubahan iklim ubah agenda pembangunan negara
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan pelancaran pada Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko Malaysia (IGEM) 2020 secara visual dan disaksikan oleh wartawan Bernama Yasmin Ahmad Zukiman di Wisma Bernama hari ini. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Oct 19 — Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during International Conference and Exhibition of Malaysian Green Technology and Eco Products (IGEM) 2020 in visual and seen by Bernama reporter Yasmin Ahmad Zukiman at Wisma Bernama today. — fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Putrajaya: Pembangunan mampan dan teknologi hijau berperanan penting dalam menerajui ekonomi sesebuah negara, termasuk Malaysia, tatkala seluruh dunia kini berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan perubahan iklim.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seperti negara lain, Malaysia perlu memikirkan semula agenda pembangunan negara.

Beliau berkata, pendekatan pemulihan hijau bukan saja memacu ekonomi dan kesejahteraan sosial, malah ia mampu menggerakkan hala tuju pembangunan negara membabitkan rancangan ketahanan iklim dan rendah karbon.

Katanya, dalam konteks itu, kerajaan mengambil tindakan pantas dan responsif dalam menangani pandemik serta implikasi sosio ekonomi melalui pelbagai pelan rancangan ekonomi termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM260 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah RM35 bilion.

“Ia bagi membantu rakyat dan industri terutama perusahaan kecil sederhana (PKS) berdepan dengan cabaran pandemik melanda negara ini.

“Malaysia sebagai negara dirahmati dengan kekayaan sumber alam serta antara 12 negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian bio bersifat mega dan terlebih awal dalam teknologi hijau mampu memanfaatkan kelebihan itu bagi agenda pemulihan hijau yang kukuh.

“Dalam Belanjawan 2021 negara ini, ada tumpuan khas terhadap agenda mampan dan pengumuman penting mengenainya akan dibuat nanti,” katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2020 anjuran bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) di sini, hari ini.

Rakaman ucapan berkenaan dipertontonkan pada perasmian, hari ini.

Muhyiddin berkata, KASA ketika ini sedang menerajui Pelan Persekitaran Mampan di Malaysia, ke arah pembangunan mampan.

Katanya, pelan itu mempunyai sasaran dan petunjuk ke arah hala tuju hijau dan mampan bermula 2020 hingga 2030.

Sumber : Harian Metro

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC