Our Story

mgtc-logo-line (1)
15,000 lampu LED terangi jalan kampung
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. – NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

MUAR: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menambah bekalan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) di kawasan jalan kampung di seluruh negara.

Ia adalah tambahan kepada inisiatif 10,000 lampu jalan LED yang dilaksanakan MESTECC dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum ini.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata usaha yang dilaksanakan menerusi ‘incentive-based-regulation’ atau IBR itu akan memberi manfaat kepada penduduk khususnya di kawasan luar bandar.

“Sebelum ini kita sudah bersetuju untuk membekalkan 10,000 lampu jalan LED di jalan-jalan kampung tetapi pada minggu lalu, saya sudah menghantar satu surat kepada Menteri KPLB, Datuk Seri Rina Harun yang kita akan bekalkan lagi 15,000 lampu berkenaan di jalan kampung di seluruh negara.

“Menerusi kerjasama MESTECC dan KPLB, kita harap dapat menerangkan lagi jalan dan kawasan kampung di seluruh negara kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Penerangan Belanjawan 2020 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua Kiam Wee.

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, bagi tujuan itu KPLB akan membantu menentukan kawasan kampung yang bakal menerima kemudahan lampu berkenaan kelak.

“Lampu jalan LED ini juga akan dipasang di jalan kampung dengan menggunakan tiang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan mungkin KPLB akan tentukan kawasan tertentu yang akan menerima kemudahan yang sama.

“Kita berharap menerusi inisiatif kerajaan ini ia bukan sahaja mampu menerangi jalan kampung kerana pencahayaannya yang lebih terang tetapi juga memberi penjimatan sehingga 30 peratus khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab membayar bil elektrik, selain ia mampu mewujudkan suasana lebih selamat,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai usaha MESTECC dalam menangani isu alam sekitar, beliau berkata, kementeriannya kini sedang membuat perancangan rapi terutama dalam usaha memperkukuh jentera penguatkuasaan di seluruh negara.

“Belanjawan 2020 memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan pengawalan dan memperkukuh jentera penguatkuasaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia.

“Ia bertujuan supaya kita mempunyai jentera penguat kuasa yang lebih baik.

“Kita sekarang dalam usaha merancang bagaimana menggunakan peruntukan itu dengan sebaiknya. Ia bukan hanya untuk Pasir Gudang (isu Sungai Kim-Kim) tetapi seluruh kawasan perindustrian yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC