Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA)

Pada tahun 2024 sahaja, skim Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) MGTC dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) menjana pulangan gabungan RM74.688 bilion untuk industri Malaysia — satu pencapaian rekod dalam pembiayaan sektor hijau

mgtc-logo-line (1)

Kerajaan telah membuat pendirian kukuh dalam sasaran tenaga boleh diperbaharui dengan meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran kapasiti penjanaan elektrik kepada 70% menjelang 2050. Selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara inklusif, mampan dan neutral karbon menjelang 2050, Kerajaan telah mengumumkan semakan semula Insentif Cukai Teknologi Hijau pada Bajet Negara 2024.

Penyemakan semula Insentif Cukai Teknologi Hijau menyediakan insentif cukai berdasarkan pendekatan peringkat dan dikategorikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:

  1. Projek Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) untuk Tujuan Perniagaan;
  2. Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) Aset untuk Penggunaan Sendiri; dan
  3. Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) Solar Leasing.


Berdasarkan semakan, aset yang layak telah dikembangkan kepada pelbagai senarai aset manakala Projek GITA untuk Penggunaan Sendiri sebelum ini digabungkan dengan Aset GITA. Sementara itu, aktiviti kelayakan untuk Projek GITA untuk Tujuan Perniagaan diperluaskan meliputi projek teknologi hijau baharu iaitu hidrogen hijau, stesen pengecas kenderaan elektrik dan tenaga angin.