Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Datuk IR. DR. Siti Hamisah Binti Tapsir dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu MESTECC

29 November 2019, Putrajaya – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr Siti Hamisah binti Tapsir sebagai Ketua Setiausaha MESTECC berkuat kuasa 29 November 2019.

Pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah ini adalah menggantikan YBhg. Datuk Seri Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya yang bersara pada 6 November 2019 setelah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha MESTECC sejak penubuhannya pada 16 Julai 2018. MESTECC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar yang telah menunjukkan ketokohan dan memainkan peranan penting dalam pembentukan MESTECC serta mencapai pelbagai kejayaan dalam pelaksanaan program-program berimpak tinggi.

YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom, Sarjana Kejuruteraan Sains, Universiti Lowell, Massachusetts, Syarikat Amerika dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Kolej New England, Syarikat Amerika.

YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak Januari 2017. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM pada tahun 2013 dan Timbalan Ketua Pengarah (IPTS) sejak tahun 2009. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (UT0) Universiti yang mula berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akade Teknologi Malaysia) 2009. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di UTM pada tahun 1987.

Dengan pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr Siti Hamisah, MESTECC kini diterajui oleh tiga orang wanita berlatarbelakangkan kejuruteraan.

YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mempunyai Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Universiti Cambridge, manakala YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik dan Elektronik dari Universiti Malaysia Sabah dan kini sedang di peringkat akhir iaitu disertasi Sarjana Minyak dan Gas di universiti.

Kementerian yakin bahawa pelantikan YBhg. Datuk Ir. Dr Siti Hamisah bersama gabungan YB Menteri dan Timbalan Menteri akan melonjakkan agenda sains dan teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi serta memperkasakan visi kemampanan tenaga kelestarian alam sekitar dan tindakan perubahan iklim sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

#mestecc

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest