
Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon












Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon













Majlis Anugerah Energy Management Gold Standard (EMGS) 2019 telah diadakan pada 10 Oktober 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bagi mengiktiraf organisasi yang telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SEMS). EMGS telah menghasilkan impak positif untuk alam sekitar dan ekonomi, menyumbang 34.6 juta ringgit penjimatan kos tahunan, sambil mengurangkan 54.7 kiloton pelepasan CO2e setiap tahun setakat Oktober 2019.
Majlis diserikan oleh DeMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, serta Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) MESTECC, Encik Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga dan Dato' Ir. Dr Abu Bakar Jaafar, Pengerusi GreenTech Malaysia.