Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Program Rumah Ibadat Hijau (RIH)
MGTC telah bekerjasama dengan RHB Islamic Bank Berhad dalam menyumbangkan teknologi hijau melalui pelancaran sistem solar di bumbung masjid pilihan iaitu Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Multafa Billah Shah, Pusat Bandar Jengka, Pahang dan Masjid Al-Barakah Kesang Luar, Jasin, Melaka dalam usaha menyokong pelaksanaan program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di masjid.

Majlis Pelancaran Pelaksanaan Sistem Solar dan Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar Peringkat Masjid dan Komuniti telah diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Julai 2023 yang lepas.

Turut berlangsung pada majlis tersebut ialah Perkongsian Ilmu oleh YBrs. Dr Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Pahang, program bawa & tukar dan penyerahan cek sumbangan oleh RHB Islamic Bank Berhad kepada pihak masjid.
Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest