Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH), Setiawangsa, Kuala Lumpur
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah menganjurkan program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) bersempena dengan Majlis Penyerahan & Pemasangan Pili Cekap Air bersama Sukarelawan & Jemaah Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Program yang diadakan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Rumah Ibadat Hijau sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam membentuk budaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah iaitu menjadikan komuniti yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon.

Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang agar penyebaran kesedaran masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup lestari dapat diterapkan secara menyeluruh.
Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest