Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Sistem Pengurusan Tenaga Lestari boleh mengurangkan kesan kenaikan surcaj – MGTC
KUALA LUMPUR – Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) menggalakkan semua syarikat termasuk firma multinasional yang terkesan dengan menggunakan kadar surcaj elektrik untuk lebih bijak menguruskan penggunaan tenaga.

Antara perkara yang boleh dilaksanakan ialah mendapatkan pensijilan Standard Emas Pengurusan Tenaga (EMGS) di bawah Skim Pengurusan Tenaga ASEAN (AEMAS).

Pensijilan ini memastikan sesebuah organisasi melaksanakan sistem pengurusan tenaga lestari (SPTL) yang berperanan sebagai panduan asas untuk memastikan penggunaan tenaga secara cekap.
2011, pensijilan EMGS ini telah menyaksikan sebanyak 173 organisasi berjaya mencatatkan RM63.59 juta penjimatan kos tenaga setahun, dengan pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 174.23 GWj dan 99.87 ktCO2e pengurangan pelepasan gas rumah kaca.

Pensijilan ini juga telah membantu 154 fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos operasi.

MGTC turut menawarkan latihan tentang penjimatan tenaga melalui program latihan kesedaran Adakah Kita Sudah Cukup untuk Menjimatkan Bil Tenaga dan Program Pengurusan Tenaga dan Air.

Program kedua-kedua ini mendidik peserta cara-cara penjimatan tenaga yang boleh digunakan sama ada di rumah mahupun di dalam organisasi.

Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada bagaimana pengurusan tenaga yang cekap dapat menyumbang kepada penjimatan tenaga dan menurunkan kos.

Dari segi pensijilan profesional pula, turut MGTC menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh Asean Centre for Energy (ACE) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia seperti kursus Pengurus Tenaga selain kursus Pengukuran & Pengesahan Profesional Bertauliah (CPMV) dan Juruaudit Tenaga Bertauliah (CEA).

Katanya, bagi mereka yang bukan dalam kalangan teknikal pula, beberapa kursus jangka pendek juga ditawarkan sebagai asas pengetahuan kepada pengurusan tenaga.

Inisiatif untuk menambah baik prestasi kecekapan tenaga bukan sahaja menyumbang kepada penjimatan kos operasi, malah mencerminkan kesedaran dan komitmen sesebuah organisasi dalam usaha mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Usaha ini selaras dengan aspirasi negara untuk memacu agenda kecekapan tenaga ke arah mencapai pelepasan sifar bersih karbon laut 2050. – MalaysiaGazette

Sumber : MalaysiaGazette

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest