
Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon












Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon














KUALA LUMPUR: Alliance Bank sedang melaksanakan kempen 'BeESG' yang bertujuan memacu pelbagai inisiatif bagi membantu perniagaan kecil dan membina kelebihan daya saing dengan menerima amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) agar bersedia untuk perdagangan mampan.
Kempen ini dimulakan dengan penyertaan bank dalam Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC), inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia, dalam rangkaian Malaysia dan Brunei yang terdiri daripada 182 peserta sehingga kini.
Langkah ini menandakan komitmen Alliance Bank terhadap usaha ESG, dengan bank ini merupakan satu-satunya institusi kewangan yang mempunyai perkongsian strategik dengan Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB), Bursa Malaysia serta Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank, Dr Aaron Sum berkata PKS adalah tulang belakang ekonomi negara dan apa sahaja yang dilakukan PKS akan memberi kesan positif terhadap komuniti dan persekitaran.
“Kami di Alliance Bank percaya bahawa ESG mampu memberi kelebihan kepada perniagaan untuk membina cadangan yang unik dan menguntungkan selain menambah nilai dan menyumbang kepada masyarakat dan bumi yang kita diami,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Beliau berkata dengan menerapkan amalan ESG seawal mungkin akan membantu mengukuhkan kedudukan perniagaan untuk memanfaatkan lebih banyak peluang dan menjadikan syarikat mereka lebih berdaya tahan. – Bernama
Sumber : Berita Harian