Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Khazanah labur dalam perniagaan pengecasan EV Yinson

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) melabur dalam perniagaan pengecasan kenderaan elektrik (EV) Yinson GreenTech, chargEV, dengan jumlah pelaburan yang tidak didedahkan.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, berkata pelaburan itu mencerminkan komitmen syarikat pelaburan strategik negara itu dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah masa depan rendah karbon.

“Kami berbesar hati menyokong chargE dalam usaha memperkukuh dan mengembangkan rangkaian infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EVCI) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

“Memandangkan ekosistem EV negara masih di peringkat awal, penyertaan kami menggalakkan pertumbuhannya. Kami berharap inisiatif ini turut menarik minat pelabur lain untuk membangunkan infrastruktur EV yang menyeluruh dan boleh dipercayai di seluruh negara,” katanya.

chargeEV diasaskan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Menurut kenyataan itu, pelaburan Khazanah akan membantu chargeEV meningkatkan jumlah stesen pengecasan di seluruh negara, selaras dengan sasaran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memasang 10,000 titik pengecasan EV.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Saiful Adib Abdul Munaff, berkata sehingga awal 2025, Malaysia mempunyai 3,611 titik pengecasan EV.

“Rangkaian pengecasan EV yang kukuh amat penting untuk menyokong peralihan negara kepada arah penggunaan kenderaan elektrik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan, menyatakan penghargaan atas pelaburan Khazanah menerusi Dana Impak, yang menurutnya akan memperkukuh kapasiti kewangan syarikat untuk membangunkan operasi.

“Pelaburan ini hadir pada waktu yang tepat, selaras dengan pertumbuhan pesat perniagaan kami. Sehingga Disember 2024, hasil pendapatan model bayar mengikut penggunaan kami meningkat lima kali ganda, manakala jumlah sesi pengecasan turut meningkat dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kami berhasrat untuk terus mempertingkatkan ekosistem EV negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pengecasan yang mudah, lancar dan boleh dipercayai di seluruh Malaysia,” katanya.

Sumber: Penapis BSKL

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest