Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Lebih banyak stesen pengecasan, permintaan untuk EV meningkat
Launch of the Zeekr 009 and the Zeekr X Debut electric cars, Kuala Lumpur
Pelancaran kereta elektrik Zeekr 009 dan Zeekr X Debut, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 7 Dis– Permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat, didorong oleh peningkatan ketersediaan stesen pengecasan di negara ini.

Menurut Pengarah Sentinel Automotive Sdn Bhd, Mohamed Reza Abdul Mutalib, pertumbuhan memberangsangkan itu didorong oleh komitmen kukuh kerajaan dalam membangunkan ekosistem industri EV.

“"Permintaan untuk kenderaan elektrik di Malaysia telah meningkat dengan sangat pesat dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini. Tiga tahun lalu, saya maksudkan dari segi kenderaan elektrik, kita jarang mendengar atau melihatnya di jalan raya," katanya.

“"Tetapi sekarang, pada 2024, kenderaan elektrik menyumbang kira-kira 2 hingga 3 peratus daripada jumlah industri. Jadi, tiga tahun lalu ia hampir sifar, tetapi kini sudah mencecah 2 peratus. Ini adalah hasil sokongan kerajaan dan trend ini dijangka terus berkembang," tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kereta elektrik Zeekr 009 dan Zeekr X Debut, di ibu negara.

Pengeluar EV premium milik Geely telah membuka jualan secara rasmi untuk kedua-dua model.

Zeekr Malaysia diedarkan oleh Sentinel Automotive Sdn Bhd untuk pasaran tempatan.

Sumber: RTM

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest