
Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon












Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon














4 Disember 2024 | Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menerima kunjungan delegasi Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) siang tadi untuk mengkaji usahasama lanjut dalam memahami teknologi hijau dan menangani isu perubahan iklim.
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Ir. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor itu telah melontarkan beberapa bentuk cadangan usahasama bersama KPT menerusi Institut Pendidikan Tinggi (IPT).
Antara cadangan usahasama ialah pengauditan aktiviti, inisiatif mahupun projek di IPT berkaitan usaha ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Ia sekaligus menggalakkan IPT untuk mengadaptasi kepada usaha kelestarian alam ini.
Perbincangan turut ke arah menggalakkan lebih banyak program-program berkaitan mengurangkan pelepasan karbon di peringkat IPT demi memastikan kelestarian alam sekitar.
MGTC yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ini juga turut akan memainkan peranan penting sempena pengerusan ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan dengan mensasarkan menjadikan ASEAN sebagai pusat penjana tenaga serantau. Bagi menjayakan hasrat ini, pembangunan bakat dalam bidang berkaitan amat diperlukan bagi memenuhi pekerjaan sektor tenaga ini.
MGTC juga turut menyatakan komitmen mereka menyediakan program latihan terutamanya kepada IPT yang menawarkan kursus berkaitan hijau dan tenaga.
Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) juga akan dianjurkan secara bersama antara MGTC dan beberapa syarikat lain untuk melestarikan alam sekitar.
Cadangan usahasama ini mendapat respon positif daripada KSU KPT dan perbincangan lanjut akan dibuat dari masa ke masa untuk pelaksanaannya.
Sumber: Facebook MGTC