Pada 8 November 2024, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan KSU (Pembangunan) NRES, telah melawat kawasan masjid untuk melihat pelaksanaan inisiatif Rumah Ibadah Hijau (RIH) tersebut. Beliau turut meninjau usaha kelestarian masjid termasuk pusat pengumpulan minyak masak terpakai, sistem pengumpulan air hujan, landskap hijau, rumah perlindungan hujan dan sebagainya.