YBM Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Perubahan Iklim dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 34 ahli panel penasihat.
Ts Shamsul Bahar Mohd Nor turut membentangkan peranan yang akan dijalankan oleh ahli panel berdasarkan enam kluster utama iaitu Ekonomi dan Kewangan, Perdagangan dan Perindustrian, Sumber Asli, Tenaga, Pembangunan Lestari serta Teknologi dan Inovasi.