Taklimat Pekerjaan Hijau & Pameran Kerjaya Mini 2023
MGTC telah menganjurkan Taklimat Pekerjaan Hijau & Pameran Kerjaya Mini 2023 yang dihadiri lebih 150 pencari kerja dari pelbagai sektor dan 20 majikan. Objektif pameran kerjaya mini ini adalah bertujuan untuk membantu pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan seperti yang ditawarkan.
Taklimat Pekerjaan Hijau telah disampaikan oleh Pn Sazalina mengenai topik Perubahan Iklim, Pn Salwa mengenai topik Teknologi Hijau dan En Ganesh dari PERKESO mengenai Tips untuk CV dan Persediaan Temuduga.