Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau & Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas CEO MATRADE, YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
MGTC turut diwakili oleh Pengarah Operasinya, Encik Saiful Adib manakala MATRADErs terlibat ialah Pengarah dan Pengurus Bahagian Minyak & Gas, Kimia & Tenaga (OGCE), Encik Jai Shankar dan Encik Hadzizi Noor.
Mesyuarat itu membincangkan tentang IGEM2023 yang akan datang – dalam mengukuhkan kerjasama sebagai rakan kongsi padanan perniagaan rasmi melalui International Sourcing Programme (INSP) sempena IGEM2023. Selain itu, MGTC turut memperkenalkan 'MINI IGEM 2023' yang akan diadakan pada bulan Disember.
MATRADE terus memperkasakan keupayaan pengeksport Malaysia dalam sektor teknologi hijau manakala MGTC membangunkan kesedaran dan inisiatif tentang kepentingan mematuhi pensijilan/standard antarabangsa untuk eksport, cth. CBAM, serta penggunaan Sistem Pengoperasian Karbon Rendah (LCOS) untuk membolehkan syarikat Malaysia mengenal pasti tahap piawaian kemampanan.