Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat Pavilion Malaysia pada UNFCCC COP27 di Sharm El Sheikh, Mesir. Ketibaan DYTM disambut oleh YBhg. Tan Sri Zakri bin Abdul Hamid, Wakil Khas Perdana Menteri bagi Perubahan Iklim di COP27 dan YBhg. Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Delegasi Malaysia ke COP27.