Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Usaha sama EPMB, Blueshark hasilkan skuter mampu milik
Chong (kiri) bergambar dengan skuter elektrik bersempena IGEM 2022 di Kuala Lumpur semalam
Chong (kiri) bergambar dengan skuter elektrik bersempena IGEM 2022 di Kuala Lumpur semalam

PETALING JAYA – Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan usaha sama pelbagai hala.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN) EP Blueshark Sdn. Bhd., Jeff Chong, mengekalkan ekosistem produk dan model perniagaan unik, syarikat akan menjadikan produk tersebut lebih mudah diakses oleh semua, terutamanya golongan B40.

“Kami akan memberi perhatian khusus untuk memperkasakan golongan yang kurang mendapat perhatian ini dengan tawaran subsidi, peluang pekerjaan dan program keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022 di sini semalam.

Chong menjelaskan, kehadiran Blueshark di Malaysia akan menyokong mobiliti lestari bagi penduduk tempatan dengan memanfaatkan teknologi berimpak tinggi serta pendekatan holistik terhadap mobiliti hijau bandar.

“Matlamatnya adalah untuk menggerakkan perniagaan dari segi logistik dengan memperkasakan syarikat kecil dan sederhana (PKS).

“Ia juga dapat memudahkan kegiatan ekonomi sambilan, sekali gus membekalkan akses yang lebih baik dan pelbagai peluang kerjaya untuk komuniti B40,” tambahnya.

Selain itu, Naib Pengerusi Eksekutif EPMB, Zulkefly Baharuddin berkata, sementara dunia menuju ke arah mobiliti hijau dan nyah karbon, pihaknya percaya, cara paling efektif untuk meningkatkan penerimaan kenderaan elektrik adalah dengan memberikan pengguna akses kepada produk yang lebih baik dan mampu milik.

“Sehubungan itu, kami percaya, sebagai perintis dalam industri ini, Blueshark akan menjadi jenama paling diyakini yang mempunyai teknologi, infrastruktur dan ketersediaan untuk menembusi pasaran sedia ada,” katanya.

Sementara itu, pusat 3S pertama yang akan dibuka tidak lama lagi di Glenmarie turut membuktikan komitmen syarikat itu untuk membangunkan infrastruktur tempatan, selain membekalkan sokongan ekosistem yang kukuh. -KOSMO! DALAM TALIAN

Sumber : KOSMO

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest