
Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon












Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon














PETALING JAYA: Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) mengumumkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) sebagai penaja utama persidangan dan pameran antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2022 (IGEM 2022).
Sebagai antara teraju utama yang memandu peralihan tenaga Malaysia, Petronas cukup bersedia untuk berkongsi pengalamannya mencapai kelestarian, termasuk perkembangan baharu dalam teknologi mesra alam.
Impian Petronas dan matlamat IGEM sesungguhnya selari dengan hasrat negara untuk menjadi karbon neutral menjelang 2050.
Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd. Nor berkata, Petronas adalah sebuah organisasi contoh dan merupakan antara industri teraju yang mengemudi Malaysia untuk menjadi karbon neutral menjelang 2050.
“Pencapaiannya melalui inovasi dalam mencipta penyelesaian tenaga lebih bersih demi membangunkan sesuatu masa depan yang boleh digunakan untuk semua seiring dengan misi IGEM.
“Kami berbangga apabila Petronas, antara jenama tempatan Malaysia yang paling berjaya, pasti menjadi penaja utama kami,” katanya dalam kenyataan.
IGEM merupakan satu usaha kerajaan untuk melindungi sumber dan ekonomi negara daripada kesan perubahan iklim dan membantu pemulihan daripada pandemik.
Tema IGEM tahun ini, iaitu Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) & Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) Commitments, menepati Rancangan Malaysia Ke-12, pelan lima tahun untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, inklusif, dan mampan.
Di IGEM 2022, sektor awam dan swasta boleh memamerkan inovasi mesra alam mereka, teknologi-teknologi terkini serta penyelesaian yang mampan.
Petronas akan memanfaatkan ekspo dan persidangan untuk menonjolkan pembangunan masa depannya serta mendedikasikan kelestarian dan teknologi hijau.
Bersempena IGEM 2022, Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) memeterai satu Memorandum Persefahaman untuk bersama-sama membangun dan menyediakan projek-projek teknologi hijau termasuk penjanaan hidrogen, meliputi antara lain aspek-aspek pengeluaran, penggunaannya pada mobiliti, serta pemindahan pengetahuan.
Peserta persidangan dan sesi perbincangan kecil berpeluang untuk meneroka isu-isu seperti perubahan iklim, hidrogen, pembiayaan, kelestarian, pembaziran udara, alam sekitar, neutraliti karbon, belia, dan wanita.
Perbincangan-perbincangan itu akan menarik penyertaan banyak profesional dan pemikir yang mempengaruhi pelbagai industri.
Acara pada 12 hingga 14 Oktober 2022 itu disertai wakil dari 30 negara, termasuk China, Belanda, Kanada, Korea, Singapura, dan Austria. Seramai 30 pembicara dan 10 rakan kongsi mengambil bahagian dalam 15 sesi persidangan.
Lebih 300 pempamer turut menyertai IGEM pada kali ini meliputi empat tonggak pameran dan persidangan: meningkatkan ekonomi kitaran, mobiliti elektrik, pemerkasaan bandar serta penyahkarbonan tenaga. – UTUSAN
Sumber : Utusan