The International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022 membuka tirainya secara rasmi dengan majlis pelancaran hari ini. YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air, merasmikan acara ini sebagai tanda simbolik pembukaan acara pameran dan persidangan selama 3 hari yang diadakan untuk mempromosikan teknologi hijau dan penyelesaian eko.
Tahun ini, lebih daripada 300 peserta akan memamerkan produk mesra alam dan inisiatif memampan mereka untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Bertemakan “Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) & Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) Commitments” IGEM 2022 yang dikenali sebagai arena unik pembangunan Malaysia.