PUTRAJAYA, 19 September 2022 – YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada petang semalam telah merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) di Hotel Marriot, Putrajaya.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YB Menteri-Menteri, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Datuk Seri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.