Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Ekonomi hidrogen diperkasakan
Tuan Ibrahim menyaksikan secara maya pemeteraian kerjasama tiga pihak antara MGTC dengan pelbagai badan dalam pembangunan teknologi ekonomi hidrogen.

PUTRAJAYA – Pembangunan ekonomi hidrogen perlu diperkasakan lagi memandangkan ia dijangka dapat memacu pertumbuhan iktisad negara dengan lebih pesat pada masa hadapan.

Saranan itu disuarakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang cukup optimis dan melahirkan keyakinan positif kepada sumber tenaga boleh diperbaharui itu.

“Usaha murni ini juga sejajar dengan tiga sasaran dalam Matlamat Pembangunan Mampan yang ditetapkan secara holistik oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 2015 lalu.

“Selain itu, inisiatif teknologi hidrogen yang giat dilaksanakan di seluruh negara apabila ini akan mewujudkan banyak peluang pelaburan baharu ekonomi hijau.,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Strategik dan Forum Ekonomi Hidrogen Antarabangsa pada hari ini.

Ini meliputi Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) serta turut mendapat kerjasama strategik daripada negara Jepun, Australia, Britain, Sweden dan Korea Selatan. -K! DALAM TALIAN

Sumber : KOSMO

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest