
Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon












Akademi Hijau
Cabaran 2030 Bandar Rendah Karbon














KUALA LUMPUR, 6 April — Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melancarkan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) bernilai RM35 juta bagi memperkasakan inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi.
Menteri Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keutamaan akan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan yang melaksanakan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) dan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 dalam kategori Zon Rendah Karbon.
Pihak berkuasa tempatan lain yang menunjukkan komitmen melalui penyediaan dasar, kerjasama dan pelaksanaan inisiatif rendah karbon akan dipertimbangkan untuk menerima geran tersebut.
“Kami berharap pemberian itu akan menjana lebih banyak peluang ekonomi tempatan, mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
“Saya menggesa lebih ramai pihak berkuasa tempatan mengambil bahagian dalam usaha mewujudkan lebih banyak bandar karbon rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
LCCF, yang ditubuhkan pada 2011, menyediakan panduan untuk pihak berkuasa tempatan, universiti dan pihak berkepentingan lain tentang cara mengubah bandar mereka menjadi bandar karbon rendah.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata menerusi program Bandar Rendah Karbon, jumlah pengurangan karbon di negara ini dari 2011 hingga 2020 ialah 148,572.20 tan setara karbon dioksida (CO2e), manakala jumlah keseluruhan penyerapan karbon ialah 43,682.75 tan karbon dioksida (CO2).
“Usaha pengurangan karbon yang dijalankan di seluruh negara adalah bersamaan dengan 4.8 juta pokok,” katanya.
— Sumber : BERNAMA