Kisah Kami

mgtc-logo-line (1)
Inisiatif keusahawanan hijau Jaguh akan dilancarkan pada Januari tahun depan, kata menteri
Environment and Water Minister Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said that currently Jaguh is in the process of module development, as well as identifying strategic partners and applying for government and private funds before the programme to be actively promoted early next year. — Bernama pic
DENGKIL, 4 Okt — Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media mengenai Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya mengenai insiden pencemaran udara mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji berkenaan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir hari ini. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Inisiatif Jana Graduan Hijau (Jaguh), bertujuan memberi peluang kepada graduan melibatkan diri dalam keusahawanan hijau lestari, akan dilancarkan pada Januari tahun depan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini Jaguh dalam proses pembangunan modul, selain mengenal pasti rakan strategik dan memohon dana kerajaan dan swasta sebelum program itu dipromosikan secara aktif awal tahun depan.

“"Kumpulan pertama program ini melibatkan tiga aliran iaitu pengurusan tenaga Jaguh, produk hijau Jaguh dan pertanian bandar Jaguh. Buat permulaan 100 graduan akan terlibat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang ingin mengetahui perkembangan dan mekanisme serta universiti yang terlibat dalam Jaguh.

Tuan Ibrahim berkata sebagai permulaan, Jaguh menyasarkan mereka yang telah tamat pengajian lebih enam bulan tetapi masih menganggur dan graduan yang mendapat pekerjaan tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

Pada masa ini, Jaguh juga dalam fasa mengenal pasti universiti yang sesuai dan setakat ini perbincangan dengan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dijalankan namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19, katanya.

Jaguh merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

Objektif utama program ini adalah untuk membantu graduan muda lebih berdikari dalam menjana pendapatan melalui kemahiran keusahawanan dalam industri hijau selaras dengan usaha kerajaan mengembangkan pembangunan ekonomi hijau negara.

Tuan Ibrahim berkata, antara kemahiran yang dikenal pasti termasuk perkhidmatan audit tenaga, perundingan pengurusan tenaga, gaya hidup hijau, perkhidmatan kitar semula dan pelbagai bidang lain.

Senarai itu akan diperluas berdasarkan kepada kesesuaian permintaan pasaran serta memenuhi sasaran Pelan Induk Teknologi Hijau, katanya. — Bernama

Sumber : Bernama

Suka artikel ini?
Kongsi di Facebook
Kongsi di Twitter
Kongsi di Linkdin
Kongsi di Pinterest