MOH telah menjadi pemegang kepentingan utama program pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS) yang dijalankan oleh GreenTech Malaysia, yang sejajar dengan inisiatif yang diterajui Kerajaan mengenai kecekapan tenaga, penjimatan tenaga dan pengurusan tenaga. Kira-kira 150 organisasi di bawah KKM termasuk hospital, makmal dan institusi kesihatan telah menerima pakai program EMGS dengan sasaran untuk mencapai pensijilan 3 bintang menjelang 2020.