YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah merasmikan program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di Masjid Al-Hidayah, Behrang.
Pelbagai acara turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, memanah, qiamullail, ceramah berkaitan alam sekitar, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong dan lain-lain lagi.
Program ini disokong oleh agensi kerajaan yang lain seperti SPAN, Jabatan Kesihatan, agensi swasta seperti Maribumi Startech, MyZeva serta beberapa NGO tempatan.