Our Story

mgtc-logo-line (1)
Alliance Bank bantu PKS guna pakai amalan ESG

KUALA LUMPUR: Alliance Bank sedang melaksanakan kempen ‘BeESG’ yang bertujuan memacu pelbagai inisiatif bagi membantu perniagaan kecil dan besar membina kelebihan daya saing dengan menerima pakai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) agar bersedia bagi perdagangan mampan.

Kempen ini dimulakan dengan penyertaan bank dalam Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC), inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia, dalam rangkaian Malaysia dan Brunei yang terdiri daripada 182 peserta sehingga kini.

Langkah ini menandakan komitmen Alliance Bank terhadap usaha ESG, dengan bank ini merupakan satu-satunya institusi kewangan yang mempunyai perkongsian strategik dengan Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB), Bursa Malaysia serta Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank, Dr Aaron Sum berkata PKS adalah tulang belakang ekonomi negara dan apa sahaja yang dilakukan PKS akan memberikan kesan berganda terhadap komuniti dan persekitaran.

“Kami di Alliance Bank percaya bahawa ESG mampu memberi kelebihan daya saing kepada perniagaan untuk membina cadangan yang unik dan menguntungkan selain menambah nilai dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan bumi yang kita diami,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata dengan menerapkan amalan ESG seawal mungkin akan membantu mengukuhkan kedudukan perniagaan untuk memanfaatkan lebih banyak peluang dan menjadikan syarikat mereka lebih berdaya tahan. – Bernama

Sumber : Berita Harian

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Registration

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Notes:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Contact

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Contact Person
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC