Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai pada 14 September 2022 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Penyertaan negara dalam Ekspo tersebut telah membuka peluang kepada 426 buah syarikat tempatan termasuk syarikat pemula, serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
Sejumlah 4,971 pertanyaan perniagaan turut direkodkan dan Pavilion Malaysia yang mewakili penyertaan negara juga berjaya mengadakan sebanyak 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya.
Pavilion Malaysia juga telah menerima sejumlah 1.2 juta pengunjung, malah disenaraikan sebagai satu daripada lima pavilion paling hijau dan merupakan antara tujuh pavilion paling digemari oleh media antarabangsa.