Roda Emas Industries bersama anak tempatan terajui industri EV negara: Kini sedia teroka peluang lebih luas di bawah naungan UEM Lestra
STESEN pencecas milik RISSB yang menggunakan penjenamaan Go To-U di Cyberjaya, boleh mengecas empat kenderaan pada satu-satu masa
STESEN pencecas milik RISSB yang menggunakan penjenamaan Go To-U di Cyberjaya, boleh mengecas empat kenderaan pada satu-satu masa

GRADUAN yang lahir dari institusi pengajian tinggi di negara ini mempunyai keupayaan setanding dengan graduan yang menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi di luar negara namun keupayaan mereka seringkali tidak diketengahkan.

Menelusuri hampir tujuh tahun dalam sektor rumusan elektromobiliti, Roda Emas Industries Sdn Bhd (REISB) , anak syarikat UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) telah melatih lebih 200 tenaga kerja dari pelbagai latar belakang pendidikan.

“Kami berbangga kerana ada kru kami, yang secara purata berusia 32 tahun, ada diantaranya yang masuk dengan sijil asas tetapi kini ada yang sudah memiliki diploma.

“Ada kru yang masuk memiliki diploma tetapi kini mereka kini memiliki segulung ijazah. Semua itu mereka lakukan ketika masih bertugas di REISB,” kata Ketua Pegawai Eksekutif REISB, Mohd. Zulfaqar Mohd. Zain ketika diwawancara DagangNews di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor baru- baru ini.

Mohd. Zulfaqar Mohd. Zain menjelaskan bateri kenderaan boleh dicaj penuh dalam tempoh satu jam

REISB telah membangunkan lebih 150 stesen pengecas EV di seluruh negara termasuk Go To-U di Cyberjaya

Tambah Mohd. Zulfaqar, REISB bukan saya memberi punca pendapatan kepada warga kerjanya sebaliknya syarikat itu mencipta impak kelestarian dalam setiap aspek kehidupan dengan memberi lebih banyak nilai terhadap rantaian perkhidmatannya.

Katanya, REISB menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan dalam menyempurnakan projek stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) kepada pelanggan utama termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) , BMW Malaysia, Sime Darby, Bermaz Auto serta pelbagai agensi dan syarikat kerajaan.

Untuk rekod, sehingga kini, REISB telah berjaya memasang lebih 150 pengecas EV di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, pelaburan strategik UEM Group Berhad, peneraju infrastruktur utama dan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad melalui sayap industri hijaunya, UEM Lestra Berhad pada 2024 sekali gus menjadikan syarikat pemula itu sebagai pemain utama dalam sektor elektromobiliti tempatan.

“Daripada projek itu, kami berjaya mengumpul piawaian dan pasukan pemasang bertauliah di seluruh Malaysia. Syarat pemasangan bergantung kepada sijil PW1, PW2 untuk fasa tunggal dan PW3, PW4 untuk pemasangan fasa tiga,” katanya.

Berbekalkan pengalaman yang ada, REISB secara beransur-ansur memasuki sektor elektromobiliti susulan mandat kerajaan kepada Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) yang dilantik kerajaan untuk memacu pelaksanaan pelan perindustrian EV (kenderaan elektrik).

“Satu daripada cabaran besar ialah ‘dilema ayam dan telur’ – jika orang beli kereta EV tetapi tiada pengecas, siapa yang akan mengecasnya? Maka MGTC ditugaskan untuk membangunkan stesen pengecas EV.

“Pada masa itu, hanya ada satu jenama stesen pengecas iaitu Charge Sini. Ia seperti jenama Panadol, sangat dikenali di stesen minyak dan pusat beli-belah. Kami bertanggungjawab memasangnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Menjelang 2022, kerajaan melaksanakan dasar cukai sifar untuk EV. Lantaran itu, berlaku lonjakan permintaan. MGTC kemudian memperkenalkan stesen pengecas DC. Kami juga telah dilantik memasang pengecas eksklusif di bilik pameran BMW dan menyediakan sokongan teknikal,” katanya.

Katanya, REISB menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan dalam menyempurnakan projek stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) kepada pelanggan utama termasuk Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) , BMW Malaysia, Sime Motors serta pelbagai agensi dan syarikat kerajaan.

Mohd. Zulfaqar Mohd. Zain (berbaju putih) bersama pasukan kerja REISB yang terdiri daripada bakat muda Malaya dengan pura umur 32 tahun.

Untuk rekod, sehingga kini, REISB telah berjaya memasang lebih 150 pengecas EV di seluruh Malaysia, termasuk di Sarawak dan Sabah.

Syarikat tersebut terus berkembang sebagai pemain utama dalam sektor elektromobiliti tempatan susulan pelaburan strategik UEM Group Berhad, peneraju infrastruktur utama dan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad melalui sayap industri hijaunya, UEM Lestra ke dalam REISB pada 2024.

“Pada awalnya, kami telah dilantik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membantu menyelesaikan 1.4 juta pemesangan meter pintar di Melaka, Selangor dan Lembah Klang.

“Daripada projek itu, kami berjaya mengumpul piawaian dan pasukan pemasang bertauliah di seluruh Malaysia. Syarat pemasangan bergantung kepada sijil PW1, PW2 untuk fasa tunggal dan PW3, PW4 untuk pemasangan fasa tiga,” katanya.

Berbekalkan pengalaman yang ada, REISB secara beransur-ansur memasuki sektor elektromobiliti susulan mandat kerajaan kepada Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) yang dilantik kerajaan untuk memacu pelaksanaan pelan perindustrian EV (kenderaan elektrik).

“Pada masa itu, hanya ada satu jenama stesen pengecas iaitu Charge EV di bawah MGTC. Ia kelihatan seperti Panadol Actifast yang besar dan banyak dipasang di stesen minyak dan pusat beli-belah. Kami bertanggungjawab memasangnya di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Menjelang 2022, kerajaan melaksanakan dasar cukai sifar untuk EV. Lantaran itu, berlaku lonjakan permintaan. MGTC kemudian memperkenalkan stesen pengecas direct current (DC). Kami juga telah dilantik memasang pengecas eksklusif di bilik pameran BMW di seluruh Malaysia dan menyediakan sokongan teknikal,” katanya.

Dalam masa sama, kata Mohd. Zulfaqar, syarikat itu turut menjalankan kerja berkaitan tenaga boleh diperbaharui. “Tahun ini, kami telah menyelesaikan projek membekal, memasang sistem pengecas EV dan sistem solar rumah. Kami sudah memasang lebih 100 sistem di seluruh negara dengan kerjsama bersama Sime Motors.

“Apabila kami mula dalam industri EVSE (Electric Vehicle Supply Equipment) , tidak ramai pemain dalam pasaran ini. Kini, hanya segelintir syarikat yang benar-benar aktif dalam bidang ini.

“Pasca COVID, kami sedar bahawa dalam sektor EV, pengurusan kenderaan, pengecas dan platform sokongan adalah sangat kritikal. Maka, kami mula membina rangkaian kerjasama dengan pihak prinsipal supaya kami dapat menyediakan sistem sokongan (backend) yang mantap, termasuk aplikasi untuk menguruskan stesen pengecas dimana pengguna dapat menempah sesi mengecas dan memudahkan perjalanan mereka.

“Bidang ini sangat baharu di Malaysia. Tidak ramai yang benar-benar memahami bagaimana untuk mengurus, operasi dan menyelenggara sistem pengecas EV berkuasa tinggi. Kami merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan “end to end” dalam bidang ini” katanya.

Menyentuh cabaran semasa REISB, Mohd. Zulfaqar menjelaskan, isu terbesar dalam kalangan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) di Malaysia adalah dari segi penubuhan syarikat itu sendiri dan kedua dari aspek modal.

“Maka, kami fokus menubuhkan diri sebagai penyedia perkhidmatan, lengkap dengan lesen yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga, CIDB, Petronas dan lain-lain agensi. Kami juga membangunkan kecekapan kejuruteraan untuk bersaing dalam sistem bidaan. Namun begitu, cabaran terbesar tetap datang daripada faktor manusia apabila staf berpindah ke syarikat lain atau pemain industri lain.

Di sebalik isu persaingan yang diutarakan Mohd. Zulfaqar, REISB kini sudah boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pemain-pemain elektromobiliti antarabangsa berikutan pemilikan 49 peratus UEM Lestra pada 2024, yang membuka pintu buat mereka menerokai lebih banyak peluang berskala besar.

“Bersama UEM Lestra, kami mula menyusun semula struktur operasi, tadbir urus, perakaunan dan pelaporan. Kami juga sedang membangunkan pelan pembangunan lima tahun yang jelas, lengkap dengan bajet dan strategi pelaksanaan,” jelas Mohd Zulfaqar.

Tambah beliau lagi, meskipun hubungan dengan UEM Lestra masih baharu namun mereka telah membuka ruang untuk REISB berurusan dan berkerjasama dengan syarikat-syarikat yang lebih berpengalaman dalam bidang tenaga boleh diperbaharui serta pemain industri utama yang mengendalikan loji solar berskala besar serta sistem solar komersial.

Menyentuh penglibatan UEM Lestra dalam REISB, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Harman Faiz Habib Muhamad berkata, syarikat itu mahu memupuk jaguh hijau tempatan kerana ia adalah sebahagian daripada mandat yang didukungnya manakala REISB merupakan perniagaan inovatif kerana menggabungkan teknologi, kemampanan dan berdaya tahan.

“Melalui pelaburan strategik ini, kami bukan sahaja memupuk jaguh hijau dari dalam negara tetapi juga memacu anjakan Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau dan bijak. Pegangan 49 peratus dalam REISB merupakan langkah strategik untuk menginstitusikan dan meningkatkan potensi syarikat Bumiputera terutamanya dalam sektor EV yang sedang berkembang.

“Inisiatif ini sejajar dengan komitmen menyeluruh UEM Group untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan membangunkan bakat tempatan dengan keupayaan sedia masa hadapan,” katanya.

Penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti UEM Lestra ini juga merupakan tonggak asas inisiatif meningkatkan keupayaan perniagaan Bumiputera di bawah Program Pengaktifan dan Pembaharuan Perusahaan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) , mencerminkan komitmen Malaysia terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Datuk Amran Hafiz Affifudin

Sementara itu, Pengarah Urusan UEM Group, Datuk Amran Hafiz Affifudin berkata, sebagai sayap infrastruktur utama Khazanah, mandat syarikat itu adalah untuk menerajui agenda pelaburan domestik Khazanah dalam ruang infrastruktur dan inisiatif pembangunan mampan di Malaysia.

“Memupuk bakat Bumiputera tempatan, seperti REISB adalah sebahagian daripada mandat ini kerana kami menyasarkan untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing dalam ekosistem hijau.

“Memperkasakan usahawan tempatan yang berbakat dengan sumber, kepakaran dan akses pasaran yang betul bukan sahaja akan mempercepatkan peralihan Malaysia kepada elektromobiliti tetapi juga meletakkan negara sebagai peneraju serantau dalam industri hijau.” – DagangNews.com (https://dagangnews.com)

Sumber: Dagang News

Like this article?
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest