Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation telah hadir ke Majlis Perasmian Eco-Schools di Sekolah Kebangsaan Tengku Azizah, Indera Mahkota, Pahang sebagai penerima rakan sinergi GGAF. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billal Shah selaku Penaung Diraja Eco-Schools Malaysia.
Turut hadir ke majlis ini ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail dan Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Penaung Diraja Eco-School negeri Pahang.