Dalam The Berita

Kenal pasti peluang, cabaran, dan jurang, dan mengesyorkan penyelesaian dan tindakan untuk kemajuan masa hadapan, berdasarkan petunjuk SDG dan kemajuan terkini dalam mencapai matlamat.

Reka bentuk baharu kewangan global diperlukan tangani krisis iklim — Johari

circle2
Johari ketika berucap di Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!
Johari ketika berucap di Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR- Ketahanan iklim bukan sekadar soal alam sekitar, sebaliknya menuntut reka bentuk semula seni bina kewangan global yang mampu menyokong pembangunan jangka panjang.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, rantau ASEAN dianggarkan memerlukan sekitar AS$422 bilion (RM 1.7 trilion) menjelang 2030.

Manakala Malaysia jelas beliau, dijangka memerlukan AS$570 bilion (RM 2.4 trilion) dalam tempoh dua dekad bagi mencapai matlamat pembangunan dan iklim negara.

“Jumlah pelaburan ini memang besar, tetapi untuk tidak bertindak jauh lebih tinggi.

“Kita sudah melihat bagaimana perubahan iklim menjejaskan keselamatan makanan, harga tenaga, rantaian bekalan dan kesihatan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kemampanan Kuala Lumpur (KLSS 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Johari menegaskan, tindakan iklim perlu disusun secara terancang dan bersepadu, disokong pembaharuan institusi bagi memastikan pembangunan negara kekal bersifat regeneratif dan inklusif.

Beliau turut menerima, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Ketahanan Iklim menjadi intipati persidangan kali ini, yang menandakan fasa baharu kerjasama serantau ke arah masa depan Asia Tenggara yang berdaya tahan dan rendah karbon.

“Deklarasi ini mencerminkan tekad bersama kita untuk bertindak secara kolektif, selaras dengan semangat kerjasama yang akan menyertai rantau ini di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP30) dan seterusnya,” katanya.- KOSMO! DALAM TALIAN.

Sumber: KOSMO

Lagi Siaran

©2025. Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia. Hak cipta terpelihara.​ Video oleh Kelly