Dalam The Berita

Kenal pasti peluang, cabaran, dan jurang, dan mengesyorkan penyelesaian dan tindakan untuk kemajuan masa hadapan, berdasarkan petunjuk SDG dan kemajuan terkini dalam mencapai matlamat.

Malaysia, ASEAN perlu reka bentuk semula sistem kewangan menghadapi cabaran iklim – Johari Ghani

circle2
Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap pada Persidangan Kemampanan Kuala Lumpur (KLSS 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap pada Persidangan Kemampanan Kuala Lumpur (KLSS 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketahanan iklim bukan sekadar pelaburan alam sekitar, sebaliknya memerlukan reka bentuk semula seni bina kewangan global yang mampu menyokong agenda pembangunan jangka panjang.”

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, laporan awal menunjukkan ASEAN memerlukan sekitar AS$422 bilion menjelang 2030, manakala Malaysia pula dijangka memerlukan kira-kira AS$570 bilion dalam tempoh dua dekad akan datang untuk mencapai matlamat jangka panjang pembangunan dan iklim negara.

Beliau berkata, usaha itu juga menuntut penggunaan instrumen kewangan inovatif, model pembiayaan bercampur serta dasar yang konsisten memberikan keyakinan kepada pelabur untuk mengambil pendekatan jangka panjang terhadap pelaburan hijau.

“Walaupun jumlah pelaburan yang diperlukan amat besar, jika tidak bertindak adalah jauh lebih tinggi. Di seluruh rantau ini, kita sudah melihat bagaimana perubahan iklim memberi kesan kepada keselamatan makanan, harga tenaga, rantaian bekalan serta kesihatan awam,” katanya ketika berucap pada Persidangan Kemampanan Kuala Lumpur (KLSS 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Johari menegaskan bahawa tindakan iklim perlu disusun secara terancang dan bersepadu, disokong oleh pembaharuan institusi bagi memastikan pembangunan negara dapat terus bersifat regeneratif dan inklusif.

Dalam pada itu katanya, inti utama Iklim persidangan ini ialah Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Ketahanan — satu pengesahan bersama komitmen rantau ini untuk bertindak secara kolektif.

Deklarasi ini menandakan fasa baharu serantau, mencerminkan tekad bersama kita untuk memacu peralihan Asia Tenggara ke arah masa depan yang lebih berdaya tahan dan rendah karbon, selaras dengan semangat kerjasama yang akan menyertai penyertaan kerjasama ini di Persidangan Perubahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP30) dan seterusnya,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Lagi Siaran

©2025. Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia. Hak cipta terpelihara.​ Video oleh Kelly

Pendaftaran

Register your interest at this link:

Secure your Seats
Pre-booking Form
QR Code

KLSS 2026 ACCESS PASS

Secure Your Tickets

Early Bird discount is available until 31st May 2026.

Early Bird Rates

Standard
RM1,485 / USD 372
Government / Academia
RM1,215 / USD 304

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650 / USD 413
Government / Academia
RM1,350 / USD 338

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350 / USD 338
Government / Academia (per person)
RM1,000 / USD 250
 
Nota:
  • All prices are per person and excluding 8% SST.
  • All USD prices quoted based on the prevailing exchange rate as of 10 May 2026 and may be subject to revision due to currency fluctuations.

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC