Dalam The Berita

Kenal pasti peluang, cabaran, dan jurang, dan mengesyorkan penyelesaian dan tindakan untuk kemajuan masa hadapan, berdasarkan petunjuk SDG dan kemajuan terkini dalam mencapai matlamat.

Sidang Kemuncak Kelestarian KL tangani jerebu rentas sempadan – Nik Nazmi

circle2
Nik Nazmi berkata, KLSS yang diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau. - Gambar fail
Nik Nazmi berkata, KLSS yang diadakan bersama Kepengerusan ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau. – Gambar gagal

KUALA LUMPUR: Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama yang dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang kali pertama diadakan dari 14-16 Oktober depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KLSS yang diadakan sempena Kepengerusan ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau.

“Jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara akitf di platform ASEAN. Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu tersebut pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan semasa KLSS nanti.

“Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi menghadapi daya tahan iklim pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025 dan KLSS, di sini, pada Khamis.

Nik Nazmi berkata, KLSS yang akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari rantau ASEAN dan Asia Pasifik, meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta panel perbincangan dan meja bulat yang kesemuanya memfokuskan kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi kesan di peringkat tempatan, serantau dan global.

— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Lagi Siaran

©2025. Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia. Hak cipta terpelihara.​ Video oleh Kelly