Malaysia’s Roadmap towards Zero Single-Use Plastics, 2018 – 2030
Introduction
Plastic pollution is a global problem that needs to be addressed in a sustainable manner. Malaysia has always promoted sustainable development by balancing economic growth with environmental protection in line with the United Nation’s Sustainable Development Goals. Malaysia plans to address single-use plastics by encouraging the plastic industry to transition to eco-friendly products. This will ensure the industry thrives by adapting green technologies while the environment is safeguarded. As such, this Roadmap is prepared to be used as a guide towards zero single-use plastics in Malaysia in a holistic manner.
Roadmap implementation
The Roadmap will be deployed from 2018 leading up to 2030 and with an expectation that all relevant stakeholders will play their roles effectively to ensure the objectives of this roadmap are met.
At present, there is no uniform approach in Malaysia to address single-use plastics. This Roadmap aims to provide a policy direction to all stakeholders including State Governments in taking a unified and collective approach. While Malaysia continues to strive to be a fully developed nation, the economic advances should be balanced with the environmental protection to ensure sustainability and societal wellbeing.
Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna, 2018 – 2030
Pengenalan
Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna, 2018 – 2030 Pengenalan Pencemaran plastik adalah masalah global yang perlu ditangani dengan cara yang mapan. Malaysia sentiasa mempromosikan pembangunan mapan dengan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari oleh Persatuan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB). Malaysia merancang untuk menangani plastik sekali guna ini dengan menggalakkan industri plastik untuk beralih kepada produk yang mesra alam. Ini akan memastikan industri dapat terus berkembang dengan mengadaptasi teknologi hijau, dan pada masa yang sama dapat memelihara alam sekitar. Oleh itu, Pelan Hala Tuju ini disediakan untuk digunakan sebagai panduan ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna di Malaysia secara holistik.
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju
Pelan Hala Tuju ini akan dilaksanakan bermula dari tahun 2018 hingga 2030, dengan jangkaan bahawa semua pihak berkepentingan akan memainkan peranan mereka dengan berkesan untuk memastikan objektif Pelan Hala Tuju ini dapat dipenuhi.
Pada masa ini, tiada pendekatan seragam di Malaysia dalam menangani plastik sekali guna. Pelan Hala Tuju ini bertujuan memberi hala tuju dasar kepada semua pemegang kepentingan termasuk Kerajaan Negeri dalam mengambil pendekatan yang seragam dan kolektif. Walaupun Malaysia terus berusaha untuk menjadi negara maju, kemajuan ekonomi harus diseimbangkan dengan perlindungan alam sekitar untuk memastikan kemapanan dan kesejahteraan masyarakat.