Dalam The Berita

Kenal pasti peluang, cabaran, dan jurang, dan mengesyorkan penyelesaian dan tindakan untuk kemajuan masa hadapan, berdasarkan petunjuk SDG dan kemajuan terkini dalam mencapai matlamat.

Hanifah tekankan komitmen Malaysia mengikut perubahan iklim di KLSS 2025

circle2
Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani perubahan iklim ketika menyampaikan ucapan pada Kuala Lumpur Sustainability Summit (KLSS) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre. Foto Hanifah Hajar Taib FB
Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani perubahan iklim ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto Hanifah Hajar Taib FB

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani perubahan iklim ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dalam sesi bertajuk “Scene Setting: National Agenda”, beliau menyatakan bahawa Malaysia kekal komited terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kerangka Ekonomi MADANI dalam membina pembangunan mampan dan inklusif.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang turut menyampaikan ucaptama. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii.

KLSS 2025 menjadi medan penting memperkukuh kesedaran mengenai perubahan iklim serta merapatkan kerjasama antara pakar, penggubal dasar dan pemain industri.

Hanifah menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh daya tahan negara melalui kolaborasi, inovasi dan tanggungjawab bersama demi masa depan yang lebih lestari.-TVS

Sumber: TVS

Lagi Siaran

©2025. Perbadanan Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia. Hak cipta terpelihara.​ Video oleh Kelly

KLSS 2026 Rates

Pricing Options

Early Bird available until 31st May 2026

Price does not include SST.

 Early Bird Rates

Standard
RM1,485
Government / Academic
RM1,215

3 Day Access Rate

Standard
RM1,650
Government / Academic
RM1,350

Group of 4 and Above

Standard (per person)
RM1,350
Government / Academic (per person)
RM1,000

Kenalan

The people shaping tomorrow’s economy will be at KLSS 2026.

Will you?

Orang Yang Dihubungi
KLSS Secretariat

klss@mgtc.gov.my

Organised By


NRES


MGTC