
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani perubahan iklim ketika menyampaikan ucapan pada Kuala Lumpur Sustainability Summit (KLSS) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dalam sesi bertajuk “Scene Setting: National Agenda”, beliau menyatakan bahawa Malaysia kekal komited terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan kerangka Ekonomi MADANI dalam membina pembangunan mampan dan inklusif.
Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang turut menyampaikan ucaptama. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
KLSS 2025 menjadi medan penting memperkukuh kesedaran mengenai perubahan iklim serta merapatkan kerjasama antara pakar, penggubal dasar dan pemain industri.
Hanifah menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh daya tahan negara melalui kolaborasi, inovasi dan tanggungjawab bersama demi masa depan yang lebih lestari.-TVS
Sumber: TVS




